1000 Kebaikkan VS 1 Kesilapan | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum. Hari demi hari kehidupan agak sibuk namun aku cuba untuk update blog yang semakin lama semakin berhabuk ni. Aku sahaja bukak topik yang tak berapa best tapi bagi aku ini yang sering berlaku dalam kehidupan masing-masing tanpa mengira siapa diri kita sebenarnya. ye dak?

Aku kadang-kadang rasa pelik dengan perangai manusia zaman sekarang dimana mudah dan hebat menilai seseorang tanpa memikir dengan akal fikiran yang dikurniakan. Apakah kita tidak bersyukur diberi akal fikiran atau memang kita suka disamakan dengan binatang-binatang lain yang hanya mempunyai otak?

Sejak dua menjak ni aku tengok bukan main ramai menghukum orang lain dengan mengkhinzir buta padahal kita bukanlah sesiapa pon bagi orang yang dihukum tu. Maksud aku kita bukan keluarga beliau dan juga kita bukan kawan beliau. Tetapi bila keluar sesuatu isu tentang beliau, amboi bukan main lain menceritakan padahal kita tidak tahu kisah sebenar. Kongsi artikel yang boleh mengaibkan orang.

Adakah kita cukup sempurna untuk berkelakuan sedemikian? Adakah kita selidik dahulu? Adakah kita pernah fikir kebaikkan yang pernah dilakukan dan pernah tak terdetik apa pula kebaikkan kita yang pernah dilakukan? Susah sebenarnya hendak menyedarkan orang seperti ini. Aku perhati gelagat-gelagat ini di media sosial dan secara automatik aku juga dapat saham. HAHAHA.

Jika kita tidak mampu melakukan kebaikkan, janganlah melakukan kejahatan kerana itu dah cukup baik. Jika hendak mencari popular, gunalah jalan yang diredhai dan bukannya dengan jalan yang dibenci. Aku hanya manusia yang ingin berpesan sesama manusia. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati oleh ALLAH S.W.T.

329955640224104301013

One comment:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge