Blog Tanpa Iklan | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum dan selamat pagi Sabtu. Harini kerja petang so kena gigih juga update blog pagi tak berapa nak pagi ni. HAHAHA. Adakah hangpa sedar yang kali ini blog aku tiada sebarang iklan seperti Nuffnang? Aku ingin cuba agar tiada iklan di blog aku. Bukan sebab aku marah kat Nuffnang tak bagi B.E. KAHKAHKAH

Sebenarnya aku cuba untuk memperbetulkan niat aku berblog. Memang dulu niat aku untuk dapat duit dari berblog. Aku suka tengok orang MASYUKK hanya melalu berblog. Nampak seperti mudah untuk mendapat duit hanya dengan mengadap Laptop/PC, ada connection internet, berbekalkan idea, duit pon MASYUKK. Tapi fikiran aku silap. Rupanya susah juga mendapatkan duit melalui berblog. SERIUS SUSAH!

Kenapa aku tak letak iklan langsung padahal nak buat comeback, katanya?HAHAHAHA. Aku dah tukar niat kali ni yang aku berblog untuk mengisi masa lapang dan mencerita apa yang terbuku dihati. So blog ini kembali aktif atas suka-suka dan aku tak main SEO macam DIA. So blog aku memang bercampur baur sahaja dan tak pernah terlintas nak kejar populariti.

Bagi aku yang bermain SEO ni, aku respect sebab susah sebenarnya dan berbaloi la letak iklan sana sini TETAPI blog yang mengaibkan orang lain, entri merapu, kutuk sana-sini tak rasa duit iklan tu, errrr. Siapa aku nak nilai, kan? Pandai-pandai sendiri untuk menentukan ke mana arah blog kita. Itu cuma pandangan aku sebagai seorang penulis.

Okay, cukuplah setakat ini. Aku tak reti nak update entri panjang-panjang sebenarnya. Terima kasih kerana membaca entri yang sentiasa hambar. HAHAHA

329955640224104301013

Comments

  1. says

    tak meriah la blog tak ada iklan ni… macam sunyi sepi je…. aku tak boleh tengok blog tak de iklan nih… macam aku sensorang je ngadap blog cermin….

    tapi serius satu tindakan terbaik… dunia blog tanpa iklan = tak best nak main tembak2… haha.. Pendekar Berkuda recently posted…Hati Seorang Bakal Pengantin.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge