Dulu Lain, Sekarang Lain | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum. Sehari satu entri seperti tidak berjaya tetapi tetap gagah untuk update walaupon sebulan satu entri. HAHAHA. Lama sudah diperhatikan sehingga kadang-kadang memualkan anak tekak bila tengok perubahan demi perubahan yang berlaku. Jika berubah ke arah kebaikkan, takpa tetapi ini tidak.

Akhirnya setelah komen-komen dengan AKAK MERAH ni, aku mengambil keputusan untuk meluahkan apa yang lama terpendam dalam lubuk hati aku. Sama seperti orang lain, aku tengok makin ramai yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan melalui blog. Faham tak maksud aku? HAHAHA

Maksud aku, ada yang sanggup mengaibkan orang lain, mengutuk orang lain untuk mengejar trafik dan mungkin juga mengejar populariti murahan. Ada juga yang sanggup buat blog baru dan merahsiakan identiti. Ada yang sanggup beli hosting atau domain yang gempak-gempak. Adakah ianya hanya sekadar memuaskan hati atau memang seronok buat sebegitu rupa agar anda semakin dikenali di laman sosial? Tepuk dada, tanya iman.

Sumpah demi ALLAH, aku rindukan zaman dimana para blogger saling kenal mengenali, friendly, tak sombong dan bukan sekadar buat blog untuk populariti malah lebih kepada bertambah kawan di merata tempat. Dan tipulah kalau tiada perasaan nak dapatkan duit dari berblog tetapi tidak pula terdetik sehingga hendak menjatuhkan maruah orang lain.

Kepada kawan-kawan blog yang lama, tolong kembalikan KEMANISAN dalam dunia blog. Aku sangat merindui zaman itu. Aku harap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Aku rasa itu saja luahan hati seorang picisan jalanan yang masih lagi terkontang kanting dalam dunia blog. Selamat Malam. :)

329955640224104301013

5 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge