Gaji Kecil VS Gaji Besar | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum. Aku nak mulakan petang ni dengan topik yang selalu dibincangkan dan selalu didengari oleh pelbagai pihak iaitu berkaitan gaji. Masalah ini timbul bila semua harga barang semakin naik dan kos sara hidup tinggi tetapi gaji masih ditakuk lama. Masalah ini memang betul-betul masalah! HAHAHA

Aku tiba-tiba tertarik untuk membincangkan hal ini kerana aku juga sudah berkerja dan makan gaji setiap bulan. Yang menyebabkan aku lagi tertarik dalam hal ni adalah gaji aku kecil bagi seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda.*poyo*

Terus terang aku bagitau, memang tidak cukup gaji aku sebulan untuk survive sebulan untuk menunggu gaji bulan berikutnya. Faham tak ayat tersebut? Hidup betul-betul kena urus dan aku fikir banyak kali untuk dapatkan sesuatu. Sebab tu boleh ada idea untuk buat ENTRI ini pagi tadi.

Aku juga jenis yang agak boros pada mulanya tetapi terpaksa fikir panjang untuk masa depan. Tetapi aku masih ingat kata kawan aku yang kalau kita banyak duit dan bergaji besar sekalipon, banyak juga yang kita akan berbelanja. Adakah itu nafsu? Aku tak pernah laluinya kerana aku tak pernah dapat gaji besar. HAHAHA.

Aku masih bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Walaupon gaji tidak sebesar mana tetapi aku masih hidup dengan aman. Masih ada yang hendak menolong ketika aku dalam kesusahan dan aku tidak menyusahkan orang lain untuk kesenangan aku. Aku masih ada keluarga yang tidak berputus asa memberi semangat untuk teruskan kehidupan. Aku masih ada sahabat-sahabat yang sentiasa sudi menolong ketika aku dalam kesusahan. Terima kasih ALLAH sebab beri aku kehidupan yang sempurna.

Macam tak mengupas pon isu tajuk entri ini. Entri ini macam lebih kepada luahan perasaan. Lantaklah, memang blog ini untuk aku meluahkan perasaan aku sendiri daripada aku cakap sendiri dengan dinding *gila*. ye dak? HAHAHA. Pesan aku, bersyukurlah dengan apa yang ada, mungkin ada yang lebih baik yang telah ditentukan pada masa hadapan. :)

One comment:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge