Ingin Menjadi Backpacker | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum. Sekejap ja masa berlalu. Sedar tak sedar, bulan April bakal meninggalkan kita dan bulan Mei dok sengih-sengih nak datang.TApi apa yang diinginkan masih lagi samar-samar dalam penglihatan aku. Macamna tu? Setiap hari ada ja benda yang diinginkan. Nafsu! Nafsu! HAHAHA

Semalam tengah melepak sambil menikmati udara malam, aku terdetik nak menjadi seorang backpacker. Aku teringin nak menjelajah dimulakan dengan dalam Malaysia. Malaysia pon banyak tempat menarik yang aku tak pernah sampai. Teringin jugak menikmati keindahan alam sekitar. Tenangkan fikiran, jiwa dan raga.

Aku nak jelajah seorang diri dengan berbekal sedikit duit dan ingin mencari pengalaman berada di tempat orang. Bagi aku itu satu yang menyeronokkan dan dari situ boleh tambah kenalan. Boleh pergi sana-sini. Terasa seperti seorang pengembara. HAHAHA

Aku harap sangat menjadi seorang backpacker ini menjadi kenyataan kerana aku ingin membuktikan yang hidup kita tidak perlu bergantung kepada orang lain dan tidak menyusahkan orang lain. Sambil-sambil tu, boleh cerita kat anak cucu yang kehidupan harus diteruskan walaupon keseorangan. Okay, dah melalut ni. Sampai sini saja aku nak mengarut.

Semooga hidup kita dirahmati oleh ALLAH S.W.T. Semoga kita dipertemukan lagi.

329955640224104301013

5 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge