Kerja Oh! Kerja

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Macamna hidup masing-masing? Okey? Mesti ada yang sedang menghadapi masalah macam aku kan? Masalah apa? Masalah tanaman anggur tidak menjadi dibelakang rumah a.k.a penganggur terhormat. Masalah aku ni lain sikit. Aku dah berkerja cuma aku ingin mencari kerja yang kukuh dan boleh buat aku hidup tanpa gangguan nyamuk (dibaca : kesempitan duit).

Kerja zaman sekarang tak boleh memilih, ada depan mata, terus sebat. Jangan nak demand melampau-lampau. Sekarang kebanyakkannya mencari yang pengalaman tinggi dan yang menjadi masalahnya, macamna orang macam aku nak dapat pengalaman kalau tidak diberi peluang berkerja, ye dak? Setakat ini aku bersyukur walaupon gaji ciput namun aku masih boleh hidup seperti orang lain.

Sekarang dengan tarif bil elektrik nak naik, minyak petrol dah naik, tol pulak dengar cerita nak naik, memang rasa hidup macam PAL*T. Salah siapa? Aku rasa cita-cita aku dulu nak jadi Perdana Menteri akan ditukar kepada menjadi Menteri Besar Selangor. Takpon jadi EXCO Selangor pon, jadilah. -_-

Akhirnya! Aku update juga entri dekat blog aku sejak sibuk dan menyibukkan diri. BYE!

p/s : Siapa ada kerja nak bagi aku untuk kerja, silakan. Jangan malu-malu dan segan.

Comments

    • Admin says

      kahkahkah. nak bimbing diri sendiri pon tak lepas-lepas, apantah lagi nak bimbing negara. -_-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge