Maafkan Aku, Mama | Kirin Selama Perak

Mama, maafkan aku jika tiada diwaktu hari ibu yang baru berlalu. Maafkan aku jika terlalu banyak buat mama menangis kerana tingkahlaku aku selama ini. Aku tahu aku bukanlah anak yang terbaik tetapi aku usaha ke arah itu dan aku berjanji akan jadi yang terbaik sebelum aku menutup mata. Itu janji aku kepadamu.

Diwaktu aku susah, diwaktu aku demam, diwaktu aku sedih, engkaulah orang yang akan mengalirkan airmata. Engkau tak pernah mengeluh dengan perangai anakmu ini. Sungguh kuat dirimu walaupon pelbagai masalah yang timbul. Sedar tak sedar, sudah 25tahun kau menjaga aku.Bermulanya dari dalam rahim, sehingga besar. Terima kasih mama.

Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa mu, mama. Aku bersyukur kerana diberi seorang ibu sepertimu. Engkaulah guru, engkaulah ibu yang menjaga, mendidik dan mengajar aku erti kehidupan di dunia yang sementara ni. Ayat-ayat positif sentiasa terngiang-ngiang ditelinga aku setiap kali kau berkata-kata. Terima kaish, mama.

Memang sengaja aku tidak post dekat Facebook seperti orang lain kerana aku sentiasa “post” doa aku untuk mu setiap kali solat dan di akhir sujudku. Hanya pada DIA aku mengucapkan rasa syukur. Semoga hiudpmu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mama. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku seorang ibu seperti ini.

Hanya itu yang inginku coretkan, kepada Abah, tunggu Hari Bapa pulak yer. Ini khas untuk mama. Dan untuk pengetahuan abah dan mama, hari-hari adalah hari ibu dan bapa. terima kasih kerana menjaga kami tiga beradik! Apa-apa pon, kita adalah keluarga yang paling hensem dan cantik!

329955640224104301013

3 comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge