Susah Memuaskan Kehendak Sendiri | Kirin Selama Perak

Assalamualaikum. Salam Jumaat buat semua. Hari ni off day aku so boleh la aku update awal sikit sebelum pergi sembahyang jumaat. Aku sekarang mengalami satu masalah yang dimana semua orang pernah dan akan alami masalah ini. Iaitu KEPERLUAN VS KEHENDAK.

Kadang-kadang aku sendiri terfikir adakah itu keperluan ataupon itu adalah kehendak? Maaflah aku ni susah nak beza benda-benda macamni. Sampaikan aku terpaksa berfikir secara telus untuk memastikan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak.

Mohon rakan-rakan kongsi pendapat masing-masing untuk memudahkan aku menentukan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak supaya senang nanti untuk aku membuat keputusan kelak. Serius ini yang selalu bermain di fikiran aku jika hendakkan sesuatu. KEPERLUAN atau KEHENDAK!!!!

329955640224104301013

4 comments:

  1. Salam jumaat wahai tuan empunya blog. Ni simple contoh untuk anda..

    Contoh :

    keperluan = makanan
    kehendak = lauk pauk

    Dapatkah anda membezakan perbandingan yang saya beri ini? Keperluan mengikut kefahaman saya, ianya adalah asas yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjalani rutin kehidupan harian.

    Kehendak pula adalah sampingan yang juga diperlukan oleh seseorang manusia untuk memuaskan hati dan perasaan iaitu nafsu yang membuak-buak untuk mendapatkan sesuatu.

    Saya pasti kehendak berkait rapat dengan kos yang amat menjengkelkan. Kos yang saya maksudkan disini tidak bermakna hanya wang. Ianya mungkin memerlukan tenaga, kerja ataupun lain-lain.

    Jadi adakah keperluan pula tidak memerlukan kos? Sudah tentu tidak? Zaman sekarang ini mana boleh dapatkan nasi free bukan? Jadi anda pening? Saya pun pening!! shit this!!

    Kesimpulannya disini, keperluan memerlukan kos untuk rutin harian dan kehendak memerlukan kos untuk puaskan hati nasubari. Anda perlukan hipotesis? Semakin banyak kos yang dikeluarkan, semakin dekat diri anda dengan kehendak. Semakin kurang kos yang dikeluarkan, semakin dekat diri anda dengan keperluan.

    Pemboleh ubah yang manipulasikan perbincangan kita pada kali ini adalah kos!! I hate to say this.. Really.

    Sekian
    Freddie Aziz recently posted…Sembunyi Versi WordPress AndaMy Profile

    1. kahwin sebenarnya bukan dalam kategori kehendak.. kahwin adalah satu keperluan.. yang memeningkan ramai pihak lelaki dalam isu nak kahwin ni adalah kos untuk menampung KEHENDAK majlis yang grand gitu untuk sambut KEPERLUAN yang sudah pasti iaitu kahwin.

      siapa kata kahwin perlukan kos yang tinggi? tidak. buatlah majlis yang sederhana ringkas untuk menyambut pernikahan. Ukurlah kasut ikut saiz kaki kita bukannya ukur kasut ikut saiz bakal pasangan kita melainkan saiz kaki bakal pasangan sama dengan anda.

      Jadi, penekanan untuk isu kahwin adakah ia dikategorikan dalam KEHENDAK atau KEPERLUAN? Saya buka cerita dulu tentang perihal kos yang anda perlukan untuk bernikah dan majlis kahwin.

      Kos bernikah :

      Upah tok kadi : RM50 ke RM200 (ikut kawasan)
      Mas kahwin : RM50 ke RM10,000 (ikut kawasan)

      Kos majlis :

      Kad undangan : RM1,000 (kira mahal la ni)
      Pelamin + Sewa baju + Khemah + Kameraman dan lain-lain : amik pakej la.. baru RM3000 ke RM5000

      Kos tersembunyi :

      Homestay family : RM1,000 (kira mahal la ni)
      Minyak kereta , tol bagai : RM500 (kira mahal la ni)

      Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, kos saya untuk berkahwin hanya RM10,000 sahaja dan majlisnya agak ringkas tapi tak pening kepala. Jimat kan? Ada lagi yang boleh jimat dari ini, percaya atau tidak? Percayalah..
      Freddie Aziz recently posted…Sembunyi Versi WordPress AndaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge